Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

Ulama PAS bantah hasrat autonomi 3 negeri

DEWAN Ulama PAS Pusat menolak sebarang usaha kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagaimana dirancang oleh beberapa pemimpinnya di Selangor, Kedah dan Kelantan, kerana tidak ingin menjadi "kuda tunggangan" lagi.

"Negara perlu diselamatkan daripada pelbagai kerosakan ekonomi, politik dan sosial dengan Islam. PH bukan wadah untuk menyelesaikan masalah negara dengan Islam," kata bendaharinya, Dr Khairudin Aman Razali.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, sebarang perbincangan kerjasama pilihan raya yang kononnya untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) hakikatnya hanya untuk menyelamatkan kerusi parti tertentu, "dengan menjadikan jentera pilihan raya PAS sekali lagi kuda tunggangan sepertimana yang berlaku dalam Pakatan Rakyat."

"Apabila mereka berjaya memenangi kerusi sekali lagi, agenda Islam akan ditendang dan diperangi. PAS akan diserang lagi dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan," kata ahli Parlimen Kuala Nerus itu dalam satu kenyataannya.

Menurut beliau, PAS terus komited mencanangkan kepada rakyat penyelesaian Islam menerusi Budaya Politik Matang Sejahtera dan dokumen Wawasan Induk Negara Sejahtera.
"Ucapan dasar presiden PAS dalam muktamar lalu bertajuk Sejahtera Bersama Islam sedang dihayati oleh ahli dan pimpinan PAS di semua peringkat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14," katanya.

Semalam melaporkan, pemimpin PAS di tiga negeri mahukan kuasa autonomi daripada PAS Pusat bagi membolehkan mereka berbincang dengan PH.

Ia bagi memastikan PAS tidak terperangkap dalam pertandingan tiga penjuru yang akan menyebabkan PAS kalah teruk di ketiga-tiga negeri itu.

1 comment:

  1. Terbaek lah ustaz khairuddin.. kita perlu kekalkan format sekarang iaitu pas perlu bertanding di semua kerusi pd pru13 dan perlu menambahkan lagi bilangan kerusi bertanding jika kerusi2 pas sediada dicabar oleh PH.. simple..

    ReplyDelete